Sekolah Taska Little Caliphs adalah sebuah taska swasta yang terdapat di Bandar Seri Jempol berhampiran dengan Felda Raja Alias. Pendaftaran Taska ini adalah dibuka kepada kanak- kanak berusia 4 tahun hingga 6 tahun. Taska ini terletak di No 289, Pusat Perniagaan Serting Utama berhadapan dengan masjid Tungku Mukhriz, Bandar Seri Jempol.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No.Tel
0132965743, 0192347068
PENGENALAN PENUBUHAN
MAKTAB RENDAH SAINS MARA SERTING
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Salah satu MRSM tersebut ialah MRSM Serting, Negeri Sembilan Darul Khusus. Allahyarham Tun Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah merasmikan upacara Pecah Tanah pada tahun 1985. Keluasan maktab ini adalah 22 hektar. MRSM Serting telah dibuka pada 1hb Disember 1993. Pada awalnya MRSM Serting hanya mempunyai guru seramai 35 orang dan bilangan kakitangannya seramai 21 orang sahaja. Bangunan asrama terbahagi kepada Asrama Putera dan Puteri.
SENARAI PENGETUA-PENGETUA MRSM SERTING
Misi-Visi-Matlamat
22 February 2016 05:26 PM
admin
Merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan menengah sebagai semaian yang kukuh dan mantap untuk meneruskan pembangunan insan bumiputera ke arah mewujudkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.Mewatakkan pelajar sebagai pelajar yang mempunyai jati diri, pemikiran strategik, kreatif dengan kekuatan daya tahan, daya saing dan daya juang berlandaskan nilai-nilai murni sebagai asas kepada budaya keusahawanan. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan tujuan membina modal insan yang cergas dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran globalisasi. Merancang dan melaksanakan keberkesanan aktiviti pembangunan sahsiah pelajar dalam bidang-bidang strategik dengan-bidang strategik dengan tujuan membantu pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji Menyediakan modal insan yang berintegriti dan berpotensi tinggi dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan
Visi
Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan yang inovatif dan bertaraf dunia.
Nilai Teras
Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah, Patriotik
Moto
"Tapping Pontentials, Nurturing Excellence"
SUMBER : https://nt.mrsm.edu.my/cms/index.jsp
Felda Raja Alias merupakan salah satu kawasan yang telah banyak menerima kemudahan seperti sekolah contohnya. tedapat tiga buah sekolah menegah di kawasan ini antaranya:
1) Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting
2) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri jempol
Manakala terdapat tiga buah sekolah rendah yang telah dibina bagi memastikan pendidikan anak-anak peneroka disini terjamin. Antaranya termasuklah :
1) Sekolah kebangsaan serting 3 felda
2) Sekolah kebangsaan felda (serting)
3) Sekolah kebangsaan Bandar Baru Serting
Sementara di bahagian pendidikan awal kanak-kanak terdapat sejumlah 4 buah sekolah disetiap Felda Tadika Raja Alias 1,2,3 dan 4.