GrabCar menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi (atau kereta sewa atau 'prebet sapu') secara online terdapat di kawasan sekitar Raja Alias dan Jempol. Kemudahan baru ini bagi memudahkan orang awam untuk mendapatkan transport perjalanan dengan kadar yang sedikit rendah terutama kepada pelajar Kolej Yayasan Felda. Grab ini agak baru diwujudkan di kawasan jempol.
Ada 2 perkhidmatan utama ditawarkan GrabCar:
1. Peluang pekerjaan tetap atau sambilan sebagai pemandu.
2. Menjadi pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam (sama seperti teksi) yang berdaftar di bawah label syarikat masing-masing.
Latar Belakang
Lokasi terletak berhampiran persimpangan jalan menghala Kuantan-Muadzam shah, Temerloh jalan utama ke Pantai Timur dengan timur N. Sembilan. Kariah baru ini diwujudkan kerana kepesatan pertambahan penduduk yang majoriti 90% muslim. sebelum terdirinya masjid ini sebuah surau taman perumahan telah diberikan kebenaran solat jumaat.Masjid ini terletak di bandar Bandar Seri Jempol, dan di jalan utama menuju ke Bandar Seri Jempol. Masjid Tuanku Muhriz ini telah dibina pada tahun 2003 yang diasaskan oleh YB Dato' Lilah Bin Yasin dan penduduk setempat. Masjid ini mula diperbaiki dan dinaiktaraf pada tahun 2009M. Pada tahun 2011 DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah berkenan mencemar Duli untuk merasmikan masjid ini dan memilih Masjid daerah Jempol ini untuk dinamakan dengan nama Baginda Tuanku Muhriz.
Binaan
Masjid ini dibina dengan reka bentuk Masjid Cordova di Sepanyol.
Kemudahan
masjid ini mengawal selia sebuah tanah perkuburan dan 4 buah surau.
KEMUDAHAN AWAM
Di antara kemudahan yang terdapat di Felda Raja Alias :
IPD JEMPOL
BALAI BOMBA
HOSPITAL JEMPOL
MASJID MUKHRIZ
MRSM SERTING
PEJABAT POS SERTING