GERAKAN PERSATUAN WANITA (GPW


FELDA RAJA  ALIAS 1

 

 

       Kaum hawa yang dilahirkan bukan untuk diletakkan dikaki untuk dipijak, bukan juga letaknya di kepala untuk dijunjung, tetapi diletakkan didada untuk dilindungi dan disayangi. Wanita hari ini bukan lagi tersorok di dapur tetapi sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum adam.

Mereka juga turut memikul tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga, namun masih menjunjung tugasan sebagai ibu dan isteri di rumah. Selain itu, wanita yang bijak dalam pengurusan masa masih mampu untuk bergaul dengan masyarakat setempat.

Maka, dari situ wujudnya aktiviti-aktiviti kewanitaan yang boleh menyatukan mereka dalam satu suasana ceria dan meriah. Persatuan Gerakan Wanita Felda Raja Alias 1 telah mengatur beberapa aktiviti yang berfaedah antaranya:-

1.   Mensyuarat yang diadakan setiap bulan dengan penerokawati.

2.   Gotong-royong diadakan pada hari Selasa setiap minggu, di kawasan persekitan GPW dan masjid.

3.   Pada minggu kedua setiap hari Jumaat, ceramah agama akan diadakan oleh Ustaz Husin Mazdar.

4.   Bacaan yasin dibuat sebulan sekali mengikut giliran.

5.  Mengikuti kelas jahitan daripada guru Kemas pada hari Selasa serta mempelajari cara-cara memasak masakan  istimewa untuk hidangan keluarga.

6.  Menziarahi penduduk kampung yang sakit. 

 

(Sumber :  Setiausaha GPW) 

 

SENARAI GERAKAN PERSATUAN WANITA FELDA RAJA ALIAS 1

PENGERUSI

AZIZAH BT. ISMAIL

SETIAUSAHA

RUSNAH BT UJANG

BENDAHARI

SITI HAWA BT SELAMAH

AHLI JAWATANKUASA

 KAMSIAH BT PIT

 AMINAH BT SALIM

 NORSIAH BT IDRIS

 TUMINAH BT BOROS

 PAIRAH BT WAGIRAN

 RAILAH BT MOHD TOB

 MAIMUNAH BT IBRAHIM

 KAMARIAH BT ALI MOHD

 SULASTRI BT AHMAD

 JAHARAH BT YAHYA

 NORHAYATI BT MOHD YASIN

 ROSNAH BT UJANG

 KAMARIAH BT AHMAD

 RAHMAH BT A BAKAR

 NORAINI HAFSAH BT HJ SALIKIN

 NORMALIDA BT MOHD TAHIR