Sejarah Jempol
Jempol merupakan antara daerah yang terbesar di Negeri Sembilan, Malaysia. Daerah ini terletak bersempadan dengan negeri Pahang. Bandar utamanya ialah Bahau.
Hospital Jempol yang siap pada 2004 terletak di sini. Hospital ini menjadi tumpuan bagi pesakit yang datang dari daerah sekitar Jempol, Serting, Bahau, Rompin dan kawasan-kawasan di negeri Pahang yang sebelum ini mendapatkan perkhidmatan di Hospital Kuala Pilah. Jarak antara Bahau dengan Kuala Pilah ialah 21 km.
Dijangkakan daerah ini akan terus membangun dalam masa tedekat ini di antara 5 hingga 10 tahun lagi. Di sini juga teletaknya pertembungan antara Sungai Muar dan Sungai Serting. Ia lebih dikenali sebagai Desa Penarikan.
Jalan Penarikan
Jalan Penarikan yang juga terkenal sebagai Londar Siam adalah sebatang jalan darat tertua pernah diketahui di Semenanjung Malaysia dan merupakan jalan alternatif kepada jalan laut iaitu melaui Temasik (Singapura). Jalan ini telah menghubungkan dua batang sungai Serting di sebelah utara dan sungai Jempol di bahagian selatan.[1]
Sejarah awal Jalan Penarikan ini tidak diketahui dengan tepat namun pernyataan tentangnya hanya diperolehi daripada dokumen lain secara kebetulan menyebutnya. Jalan ini dikatakan telah mula digunakan oleh pedagang-pedagang dari pantai barat semenanjung untuk pergi ke pantai timur (termasuk Siam) dan sebaliknya untuk menjalankan kegiatan perdagangan.
Peta terawal yang melakarkan Jalan Penarikan ini telah melukis dalam abad ke 16 oleh seorang ahli geografi Eropah. Namun pada abad ke 17, seorang pengembara Portugis telah melakarkan semula Jalan Penarikan ini yang mana telah menunjukkan ianya adalah satu jalan darat bukan satu terusan seperti yang telah digambarkan oleh ahli geografi Eropah itu.
Mengikut sejarah, Jalan Penarikan ini merupakan jalan darat yang sibuk dan terkenal serta telah memberi sumbangan dan menyaksikan berbagai sejarah lebih kurang 700 tahun. Dengan demikian, Jalan Penarikan ini perlu dijaga sebagai satu warisan sejarah yang penting dan perlu dibaikpulih, dipelihara dan "dinampakkan semula" agar generasi akan datang menyaksikan satu peninggalan sejarah yang penting.
Mukim
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Jempol