banana

Kawasan Pelancongan dan Rekreasi berhampiran PEDi Felda Raja Alias 1

1) Hutan Lipur De Bana

 Hutan lipur ini terletak di kompartmen 129, Hutan Simpan Pasoh di jalan ke arah Bandar Triang, Pahang. Hutan lipur ini mendapat namanya daripada nama sungai yang mengalir ditengah kawasan hutan lipur ini iaitu Sungai Bana. Hutan ini merupakan hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai tumbuhan termasuklah orkid liar dan pokok-pokok herba seperti pokok tongkat ali dan kacip fatimah. Keadaan rupa buminya yang berbukit-bukit menyediakan kawasan untuk melakukan aktiviti lasak seperti ‘jungle trekking’ dan mendaki bukit. Di kawasan hutan lipur ini juga terdapat beberapa kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Hutan. Antara kemudahan yang telah disediakan ialah pondok rehat, tandas, tapak perkhemahan dan denai hutan bagi memudahkan para pengunjung menikmati alam persekitaran semula jadi yang nyaman.

Air sungai Bana yang mengalir melalui batu-batan membentuk tingkat air terjun, sesuai untuk mandi-manda, perkelahan dan perkhemahan. Namun kawasan ini penuh dengan batuan yang besar dan licin. Jika anda mendaki lebih tinggi, anda akan dapati sebuah bukit yang curam dan telah ditar. Ketinggian dan kecuraman bukit ini memang benar-benar menguji kesabaran pendaki. Kemudiannya, diakhir jalan yang telah ditar ini, anda perlu meredah kawasan hutan. Namun segala penat lelah anda akan terbalas, segala titik peluh yang terbuang akan mendapat ganjaran apabila anda tiba di satu kawasan air terjun. Kini, Hutan Lipur De Bana juga telah dijadikan kawasan untuk latihan PLKN.

tugu1tugu2  tugu3

2) Tugu Peringatan Sungai Lui

   Sungai Lui menyimpan satu sejarah pahit yang cukup menarik untuk dikongsi. Walaupun agak kurang dikenali, Sungai Lui mempunyai sejarah dan tarikannya yang tersendiri. Sungai Lui terletak berhampiran dengan sempadan Pahang kira-kira 25km ke utara bandar Bahau. Terdapat sebuah tugu peringatan mangsa-mangsa yang terkorban pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Tugu Memperingati Mangsa Perang Jepun ini dibina atas inisiatif saudara-mara mangsa. Menurut cerita yang diturunkan, terdapat lebih kurang 400 orang mangsa yang terbunuh. Namun catatan sejarah hanya terdapat 382 nama yang tercatat di dalamnya.

 

 

 

 

3)  Jeram Tengkek

 

Hutan Lipur Jeram Tengkek terletak di daerah Bahau, N.Sembilan. Kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat dan surau.

Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.

Lokasi:
30 km dari Pekan Bahau melalui Jalan Bahau-Serting dan 75 km dari Bandar Seremban. Hutan Lipur Jeram Tengkek terletak di dalam Hutan Simpan Serting Ulu yang merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah.

Pejabat Hutan Daerah,
Negeri Sembilan Timur,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel : 606-4811 036
Faks : 606-4842 171