Tarikh : 19 Januari 2018
Masa : 3.00 pm hingga 5.00pm
Peserta : pelajar sekolah
Lokasi : Bilik Latihan Pi1m Raja Alias 1

 

 

TUJUAN :-

- Memberi taklimat berkenaan E-dagang kepada pelajar sekolah dan memberikan penerangan cara untuk melayari applikasi/website e-dagang seperti contoh Mudah.my . Pelajar juga berpeluang untuk membuka website Mudah.my semasa dalam pembelajaran dan diberikan tunjuk ajar cara menggunakannya.  Selain itu, pendedahan kebaikan dan keburukan  menggunakan website e-dagang online juga diperincikan kepada mereka agar tidak tersalah langkah atau menjadi mangsa dalam penipuan urusan jual beli. Oleh itu, aspek keselamatan dan tartacara penggunaan juga diterapkan dalam kelas ni iaitu dengan taklimat literasi ICT seperti contoh taklimat Klik Dengan Bijak agar dapat menambahkan lagi keyakinan mereka untuk menggunakan perkhidmatan e-dagang ini.

 

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:-

* Menggunakan applikasi browser dan membuka  slide penerangan berkaitan e-dagang (mudah.my)

* Memberi penekanan tentang aspek keselamatan tidak kira melayari applikasi/website melalui telefon mudah alih mahupun komputer.

*Memberi tunjuk ajar kepada para pelajar untuk memuaturun applikasi/website e-dagang yang betul di telefon mudah alih mereka.

 

SILA KLIK UNTUK FOTO