SELAMAT DATANG KE PORTAL PI RAJA ALIAS 1

 

 

 

     Pusat Internet Felda Raja Alias 1, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Internet merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 PUSAT INTERNET  Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Justeru itu banyak pendekatan diadakan bagi menarik minat golongan belia,dewasa dan warga emas untuk mengikuti program yang dijalankan.

      Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Internet sebagai lokasi merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah(schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan(Knowledge Community Center).Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajarnya dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

      Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. 

 

 

111

 

ALAMAT

                    Pusat Internet Raja Alias 1

                      D/A Bangunan JKKR Felda Raja Alias 1

                      72120 Bandar Seri Jempol. N.S.D.K

   

NO TEL        0139369874