35714 111268758920440 1263203 n          36724 104854479564752 1826920 n

  

18664200 640849579450641 2572572170695121081 n  18740790 640849442783988 7280065007101408047 n

 

Pusat Internet (dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia ( TM ). Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Objektif penubuhan Pusat Internet  (Pi) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

Pusat Internet Felda raja Alias 1 mula beroperasi pada Jun 2009.Pada Ogos 2014, Pusat Jalur Lebar Komuniti telah di naiktaraf dan siap pada Januari 2015. Kemudian di tukar nama kepada Pusat Internet  dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2015. Pusat internet  (PI1M) Raja Alias 1 terletak di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Lokasinya berada di tengah-tengah Bandar Seri Jempol serta bersebelahan Pejabat JKKR Felda Raja Alias 1.

Keistimewaan diberikan kepada mereka yang mendaftar sebagai ahli Pusat Internet iaitu kelas dan latihan asas ICT secara percuma selain bayaran penggunaan komputer/internet yang murah berbanding yang tidak mendaftar menjadi ahli.

Perkhidmatan Lain Yang Disediakan Di Pi Felda Raja Alias 1 ialah:

  • Kelas asas ICT Percuma (Ahli Pi)
  • Penggunaan Internet / Komputer
  • Kelas Keusahawanan Percuma
  • WiFi Kampung Tanpa Wayar (KTW)
  • Peminjaman Netbook 
  • Sewa Bilik untuk mesyuarat/bengkel

 

 

.