KISAH KEJAYAAN (KEUSAHAWANAN) SUKU KEEMPAT 2017

 

DSCN2845

 

 

 

NAMA       : MUHAMAD AMIRUL B. MUSA

UMUR       : 24 TAHUN

ALAMAT   : FELDA LUI MUDA

PERNIAGAAN : (FLUER PERFUME)

 

Latar belakang

En. Amirul adalah seorang pekerja swasta di negeri Selangor. Beliau mula berjinak-jinak untuk menjual wangian tersebut di kalangan rakan-rakan sekerja sahaja. Kemudian beliau ingin mengembangkan penjualan wangian tersebut dengan mengikuti kelas keusahawanan di PI1M Raja Alias 1.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada permulaan beliau menceburi dunia perniagaan, pendapatan yang beliau perolehi adalah sebanyak RM 100 sebulan. Beliau hanya mendapat pelanggan di kalangan rakan sekerja dan saudara terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Semenjak beliau menjalani kelas keusahawanan di PI1M Raja Alias 1, beliau telah membuat ‘Facebook Page’ untuk perniagaan beliau sendiri. Dengan adanya page khas untuk produk ini, ianya dapat mempromosikan perniagaan beliau. Pendapatan beliau meningkat sekitar RM 200 - RM 350 sebulan selapas mendapat pendedahan daripada PI1M dan beliau juga berjaya mempromosikan wangian beliau kepada ramai orang.

 

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT