Latar Belakang


Lokasi terletak berhampiran persimpangan jalan menghala Kuantan-Muadzam shah, Temerloh jalan utama ke Pantai Timur dengan timur N. Sembilan. Kariah baru ini diwujudkan kerana kepesatan pertambahan penduduk yang majoriti 90% muslim. sebelum terdirinya masjid ini sebuah surau taman perumahan telah diberikan kebenaran solat jumaat.Masjid ini terletak di bandar Bandar Seri Jempol, dan di jalan utama menuju ke Bandar Seri Jempol. Masjid Tuanku Muhriz ini telah dibina pada tahun 2003 yang diasaskan oleh YB Dato' Lilah Bin Yasin dan penduduk setempat. Masjid ini mula diperbaiki dan dinaiktaraf pada tahun 2009M. Pada tahun 2011 DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah berkenan mencemar Duli untuk merasmikan masjid ini dan memilih Masjid daerah Jempol ini untuk dinamakan dengan nama Baginda Tuanku Muhriz. 

Binaan


Masjid ini dibina dengan reka bentuk Masjid Cordova di Sepanyol. 

Kemudahan


masjid ini mengawal selia sebuah tanah perkuburan dan 4 buah surau.