Kolaborasi MCMC bersama rangkaian PEDi untuk menghasilkan video pendek HKHM 2022

 

Seperti kelaziman, sambutan Hari Kebangsaan Malaysia diadakan pada 31 Ogos setiap tahun dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) berperanan sebagai Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 akan melaksanakan sambutan Bulan Kebangsaan yang akan diraikan di seluruh negara. Oleh yang demikian, bagi  menyemarakkan lagi sambutan tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengalu-alukan warga PEDi dan ahli PEDi yang berdaftar untuk menghasilkan video pendek bertemakan Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.

 

Melalui video pendek tersebut, PEDi secara tidak langsung dapat berkongsi manfaat serta peranannya kepada komuniti setempat dengan lebih meluas lagi.  Penyertaan warga PEDi dan ahli PEDi adalah secara sukarela dan percuma.  Sila maklum bahawa kempen ini juga tidak mempunyai unsur pertandingan mahupun peraduan.

 

Pihak MCMC amat menghargai sokongan dan penglibatan warga PEDi dalam usaha untuk menyemarakkan lagi bulan kebangsaan ini.

 

Hasil kerja boleh dihantar ke Borang Penyertaan Mencipta Video Pendek (imbas kod QR seperti di lampiran)

 

Maklumat dan objektif video HKHM 2022 juga boleh dimuat turun di pautan ini:

https://drive.google.com/drive/folders/1f4BuFHP0E86AoqwN7i48V8VmnW5ImMAD?usp=sharing

 

penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli PEDi dan sebarang pertanyaan sila hubungi petugas PEDi.

SYARAT PENYERTAAN